Ronald Smith

Jurulatih yang berasal dari Australia, Ronald Smith diberi kepercayaan untuk mengendali skuad Pahang musim depan menggantikan tempat Dollah Salleh yang akan berhijrah ke PDRM.

Smith pernah melatih pasukan Sabah. Penolong Pengurus Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Zainal Abidin Hassan pula akan menjadi penolong jurulatih.

Zainal berkata pemain import dari Argentina, Matias Ruben Conti yang menjaringkan gol kemenangan Pahang untuk menjulang Piala Malaysia musim ini akan kekal menyarung jersi Tok Gajah selain penyerang Kelantan, Dickson Nwakaeme yang dikatakan bakal beraksi untuk sebuah kelab di Perancis tetapi memilih untuk bermain dengan Pahang.

Beliau berkata dua lagi slot pemain import akan diisi Damion Delano Stewart dan Zeshan Rehman yang juga bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Inggeris.

Zainal berkata hanya dua pemain Pahang yang telah berhijrah iaitu pemain tengah Mohd Hazuan Mohd Daud yang mengikuti jejak Dollah dan penjaga gol Rosfaizul Azuar yang mewakili Kuantan FA.


- Astro Arena -
05 Dec 2013

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top