Rozaimi menjaringkan dua gol

Skuad Harimau Muda A berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mencipta kemenangan bergaya 3-1 ke atas kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.

Gol FC Ryukyu dijaringkan oleh Takahashi Shunta pada minit ke-13 manakala skuad muda negara meledak tiga gol masing-masing menerusi A. Thamil Arasu pada minit ke-47 serta Mohd Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-50 dan masa tambahan separuh masa kedua.

Jaringan Ryukyu terhasil apabila Shunta yang berada di kedudukan terbaik menerima bola hantaran jauh daripada rakan sepasukan, sebelum menewaskan penjaga gol negara.

Kemasukan K. Reuben di sebelah kanan sedikit sebanyak merancakkan permainan sehingga beliau berjaya melambungkan bola untuk disempurnakan A. Thamil Arasu.

Kesungguhan yang ditunjukkan Rozaimi terutamanya di separuh masa kedua jelas membuahkan hasil. Dia berjaya melepaskan diri daripada kubu lawan untuk membuat rembatan rendah kearah kiri gol dan meletakkan kedudukan 2-1.

Rozaimi sekali lagi berjaya memecahkan benteng lawan dengan melakukan rembatan susulan, selepas penjaga gol lawan gagal menangkap kemas rembatan pertamanya.

Menyentuh mengenai perlawanan tersebut, jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau berpuas hati dengan peningkatan corak permainan yang ditunjukkan para pemain namun mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Saya percaya skuad kali ini lebih mementingkan bukan sahaja corak permainan tetapi juga semangat juang yang tinggi," katanya.

Sementara jurulatih pasukan FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa berkata beliau gembira dengan persembahan anak buahnya meskipun kalah 1-3 kepada Harimau Muda A.

"Saya hanya membawa 15 pemain daripada kesemua pemain yang saya ada memandangkan ada antara mereka masih berbincang untuk menyambung kontrak dengan pengurusan kami," katanya.

Satsukawa turut mengenal pasti tiga pemain berpotensi daripada skuad kebangsaan Bawah-23.


- Astro Arena -
05 Dec 2013

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top